Minhaj al-‘Abidin
Jalan Para Ahli Ibadah menuju Allah
Sebuah karya agung daripada Abu Hamid al-Ghazali yang telah membimbing pencinta ilmu, ahli ibadah dan para penempuh jalan kerohanian selama berabad-abad.
Minhaj al-‘Abidin merupakan karya terakhir Imam al-Ghazali yang menghimpunkan intipati perjalanan seorang hamba menuju Allah SWT bermula dengan ilmu, taubat, halangan nafsu, godaan syaitan, cabaran dunia, sehingga mencapai maqam keikhlasan dan keselamatan akhirat.
Edisi terjemahan dan ta‘liq ini disusun dengan penuh teliti oleh pasukan penyelidik Maktabah al-Bakri, dilengkapi dengan:
✅ Terjemahan bahasa Melayu yang kemas dan mudah difahami
✅ Ta‘liq, nota kaki dan syarahan ilmiah
✅ Biografi lengkap Imam al-Ghazali
✅ Kisah-kisah tarbawi dan mutiara nasihat daripada para ulama
✅ Sesuai untuk pengajian masjid, surau, madrasah, universiti dan pembacaan peribadi
Buku ini bukan sekadar bahan bacaan, bahkan sebuah peta perjalanan ruhani membimbing pembaca mengenali cabaran sebenar dalam perjalanan menuju keredaan Allah.
Sebuah karya yang wajar dimiliki oleh setiap pencinta ilmu, tasawuf dan tarbiah jiwa.































Reviews
There are no reviews yet.