PANDUAN FARAIDH MODEN: MEMAHAMI PUSAKA ISLAM ialah sebuah karya semasa yang menyentuh persoalan penting dalam kehidupan: bagaimana mengurus harta pusaka dengan adil dan mengikut syariat. Buku ini menggabungkan ketegasan ilmu faraidh tradisional dengan keperluan praktikal masyarakat moden, menjadikan ia rujukan tepat bagi sesiapa yang mahu memahami pengagihan harta menurut Islam daripada teori hingga ke amalan.
Disusun dalam bahasa yang jelas dan berpandukan dalil-dalil al-Quran dan hadis sahih, buku ini membimbing pembaca menelusuri permasalahan pewarisan sebenar, termasuk isu khunsa, zawi al-arham, munasakhat, serta penyelesaian pertikaian pusaka secara adil. la bukan hanya untuk pelajar atau pengamal undang-undang syariah, tetapi juga untuk setiap Muslim yang ingin menjaga amanah warisan dengan penuh tanggungjawab. Sebuah panduan penting yang membuka mata, menyentuh hati, dan memperkukuh kefahaman tentang keindahan keadilan dalam syariat Islam.







Reviews
There are no reviews yet.