Asas-Asas Taharah
Karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Taharah merupakan pintu kepada kesempurnaan ibadah. Tanpa kefahaman yang benar tentang bersuci, ibadah seperti solat, tawaf, dan amalan-amalan lain tidak akan terlaksana dengan sempurna menurut syariat.
Buku Asas-Asas Taharah ini disusun secara sistematik, mudah difahami, dan berpandukan sumber-sumber fiqh yang muktabar bagi membantu umat Islam memahami asas bersuci secara lebih jelas, praktikal, dan yakin.
Bermula dengan pengenalan konsep taharah menurut al-Quran dan al-Sunnah, buku ini membawa pembaca memahami pelbagai hukum hakam berkaitan kebersihan, kesucian, hadas, najis, wuduk, mandi wajib, tayammum, serta isu-isu fiqh yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.
Turut disertakan dalil daripada al-Quran, hadith, huraian fiqh, ilustrasi, infografik, serta nota penerangan yang memudahkan pembelajaran untuk semua peringkat.
Antara kandungan utama buku ini:
✓ Pengenalan dan hikmah taharah
✓ Memahami tanda-tanda baligh
✓ Alat-alat bersuci menurut syarak
✓ Jenis-jenis najis dan kaedah penyuciannya
✓ Pembahagian hadas dan hukum berkaitannya
✓ Rukun, syarat dan perkara membatalkan wuduk
✓ Hukum-hakam mandi wajib
✓ Panduan lengkap tayammum
✓ Perkara yang diharamkan ketika berhadas
✓ Hukum-hakam haid dan nifas
Buku ini sangat sesuai dimiliki oleh:
✓ Ahli keluarga Muslim
✓ Pelajar sekolah, pondok dan pengajian Islam
✓ Guru agama dan pendidik
✓ Imam, bilal dan AJK masjid
✓ Ibu bapa yang ingin membimbing anak-anak memahami fardhu ain
✓ Mereka yang ingin memperkukuhkan ilmu asas ibadah





































Reviews
There are no reviews yet.