Bagaimanakah seorang khalifah yang hanya memerintah sekitar dua tahun setengah mampu mengubah wajah dunia Islam, sehingga namanya terus disebut dan dikagumi merentas zaman?
Buku ini membawa pembaca menelusuri perjalanan luar biasa Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah agung yang dikenali dengan keadilan, kezuhudan, ketegasan prinsip, serta keberanian menegakkan kebenaran.
Lebih daripada sekadar catatan sejarah, karya ini mengupas mauqif, prinsip perjuangan, keteguhan pendirian, akhlak kepimpinan, serta keputusan-keputusan besar yang menjadikan beliau antara tokoh pembaharu paling berpengaruh dalam sejarah Islam. Pembaca turut dibawa memahami bagaimana seorang pemimpin mampu membina pemerintahan yang berteraskan ilmu, amanah, integriti, dan rasa takut kepada Allah.
Disusun dengan penelitian ilmiah, disertakan pelbagai ibrah, mauāizah, nukilan ulama, serta contoh-contoh praktikal kepimpinan yang relevan sepanjang zaman, buku ini sangat sesuai dimiliki oleh para pemimpin, pendakwah, penuntut ilmu, penjawat amanah, dan sesiapa yang ingin meneladani model kepimpinan Islam yang sebenar.
Sebuah karya yang bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihayati, diteladani, dan diterjemahkan dalam kehidupan.
















































Reviews
There are no reviews yet.