Dr. Abdul Rahman al-Sumait bukan sekadar seorang doktor pakar bertaraf antarabangsa, bahkan beliau merupakan tokoh kemanusiaan, pendakwah dan pencinta ilmu yang mengorbankan seluruh kehidupannya demi agama dan umat.
Buku ini membawa pembaca menelusuri perjalanan hidup beliau bermula daripada didikan awal yang penuh dengan nilai agama, kecintaan mendalam terhadap ilmu dan buku, pengembaraan menuntut ilmu perubatan di peringkat antarabangsa, sehinggalah kepada pelbagai ujian getir yang pernah ditempuh termasuk penjara, penyeksaan dan cabaran medan dakwah.
Lebih mengagumkan, di sebalik ketokohan akademik dan profesionalisme beliau sebagai doktor pakar, terserlah akhlak mulia, sifat wara’, keprihatinan terhadap fakir miskin, serta pengorbanan luar biasa dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Buku ini bukan sekadar sebuah biografi, bahkan sebuah inspirasi tentang makna sebenar ilmu, iman, pengorbanan dan kehidupan yang dipersembahkan untuk ummah.
Sesuai dimiliki oleh para pencinta ilmu, pendakwah, pelajar, profesional, dan sesiapa yang mencari inspirasi daripada kisah tokoh Muslim yang luar biasa.



































Reviews
There are no reviews yet.