Asas-Asas Pengurusan Jenazah Berpandukan Safinah al-Naja
Karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kematian adalah suatu kepastian yang akan ditemui oleh setiap insan. Namun, sejauh manakah kita benar-benar bersedia untuk memahami dan melaksanakan tuntutan syariah berkaitan pengurusan jenazah dengan betul?
Buku Asas-Asas Pengurusan Jenazah Berpandukan Safinah al-Naja ini disusun secara sistematik, mudah difahami, dan sarat dengan panduan praktikal berdasarkan disiplin fiqh yang muktabar. Ia menghimpunkan perbahasan penting bermula daripada hakikat kematian, talqin semasa nazak, memandikan jenazah, mengkafankan, solat jenazah, hinggalah kepada proses pengebumian.
Turut disertakan dalil daripada al-Quran, hadith, penerangan fiqh, infografik, ilustrasi, dan nota penerangan yang membantu pembaca memahami setiap proses dengan lebih jelas serta yakin.
Antara kandungan utama buku ini:
• Hakikat kematian menurut Islam
• Tanda-tanda dan persediaan menghadapi sakaratul maut
• Talqin semasa nazak
• Tatacara memandikan jenazah
• Panduan lengkap mengkafankan jenazah
• Rukun dan pelaksanaan solat jenazah
• Kaedah pengebumian menurut syarak
• Isu-isu fiqh berkaitan pengurusan jenazah
Buku ini sangat sesuai dimiliki oleh:
✓ Ahli keluarga Muslim
✓ Pengurus jenazah
✓ Imam, bilal dan AJK masjid
✓ Pelajar pengajian Islam
✓ Mereka yang ingin menambah ilmu fardhu ain
Ilmu yang bukan sekadar untuk dibaca, tetapi suatu hari pasti diperlukan.






































Reviews
There are no reviews yet.