Buku ini menggali peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang luar biasa, dan mengajak kita untuk memerhatikannya dengan perspektif yang lebih mendalam dan jernih. Fokus utama buku ini adalah mengambil sebanyak mungkin iktibar daripada peristiwa agung ini, seterusnya mengukuhkan kebenaran dan keimanan kita kepada Rasulullah SAW yang telah diisra’kan oleh Allah SWT, sebagai satu mukjizat.
Buku ini tidak hanya membicarakan aspek keajaiban fizikal, tetapi juga lebih mendalam tentang hikmah dan pengajaran spiritual yang dapat diambil daripada peristiwa yang luar biasa ini. Pembaca akan dibawa mengikuti secara terperinci perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid al-Haram ke Baitul Maqdis, kemudian naik ke langit, di mana Baginda berinteraksi dengan para nabi A.S, menerima petunjuk secara langsung daripada Allah SWT serta menyaksikan pelbagai keajaiban Ilahi.



















Reviews
There are no reviews yet.